TIADA LESEN, TERUS KE MAHKAMAH: KETUA POLIS NEGARA

February 24, 2016

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mencadangkan pesalah jalan raya yang tidak mempunyai lesen memandu sah terus didakwa di mahkamah, bukan lagi dikompaun.

 

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata tindakan keras itu bagi memastikan pengguna jalan raya mempunyai lesen sah dan tidak mengambil mudah tanggung jawab itu.

 

"Banyak kemalangan maut dan yang menyebabkan kecederaan parah berpunca daripada mereka yang tidak mempunyai lesen.

 

"Tindakan keras itu juga akan dikenakan kepada pemilik kenderaan yang membenarkan orang lain yang tidak mempunyai lesen memandu kenderaan mereka, contohnya ibu bapa yang memberi anak mereka menunggang motosikal tanpa lesen," katanya.

 

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Polis, di Mess Pegawai Bukit Aman, di sini, sebentar tadi.

 

Source: BH Online

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Recent Posts

April 22, 2017

Please reload

Archive
Please reload

Search By Tags
Please reload