image

27 March 2026

44

3,087 kes maut kemalangan jalan raya antara Januari hingga Jun 2025

KUALA LUMPUR: Sebanyak 3,087 kes maut membabitkan semua jenis kemalangan jalan raya direkodkan bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini.


Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata menurut statistik kes kemalangan maut Januari hingga Jun, dua kes direkod membabitkan kemalangan di bawah pengaruh alkohol.

/

Katanya, kesalahan yang berkaitan dengan pemandu di bawah pengaruh alkohol diperuntukkan di bawah seksyen 44, 45 dan 45A Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).

/

"Kesalahan bagi seksyen 44 apabila individu memandu semasa berada di bawah pengaruh minuman yang memabukkan dan menyebabkan kematian atau kecederaan kepada mana-mana orang; dan seksyen 45 (keadaan menjaga kenderaan motor semasa berada di bawah pengaruh minuman yang memabukkan.


"Selain itu, seksyen 45A iaitu individu yang memandu atau menjaga kenderaan motor dengan kepekatan alkohol melebihi had yang ditetapkan," katanya dalam jawapan bertulis dipaparkan dalam laman sesawang Parlimen.


Loke menjawab soalan Wan Razali Wan Nor (PN-Kuantan) yang meminta beliau menyatakan jumlah kes kemalangan jalan raya membabitkan pemandu mabuk dan berapa kes yang dikenakan hukuman bagi tempoh Januari 2022 sehingga Jun 2025.


Selain itu, Wan Razali juga mahu kerajaan menyatakan perancangan bagi membendung masalah ini daripada semakin kronik.


Bagi 2022, Loke berkata, kemalangan maut membabitkan semua jenis kemalangan jalan raya adalah sebanyak 6,080 kes; 2023 (6,473 kes) dan 2024 (6,464 kes).


"Bagi kes di bawah seksyen 44, 45, dan 45A Akta 333 yang sudah dikenakan hukuman bagi tempoh Januari 2022 hingga Jun 2025 pula sebanyak 2,306 kes (2022); 1,989 kes (2023); 1,589 kes (2024) dan 508 kes bagi tempoh Januari hingga Jun 2025.


"Bagi membendung isu ini, pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) yang berkuat kuasa pada 23 Oktober 2020 memperuntukkan hukuman lebih berat kepada pesalah.


"Hukuman meliputi penjara antara 10 hingga 20 tahun, denda antara RM50,000 hingga RM150,000 serta hilang kelayakan lesen memandu sehingga 20 tahun bergantung kepada kategori kesalahan," katanya.


Selain penguatkuasaan undang-undang, Loke berkata, MOT dengan kerjasama Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terus memperkukuh kempen kesedaran, advokasi dan operasi penguatkuasaan di seluruh negara.


"Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga melaksanakan pelbagai inisiatif termasuk Kempen Kesedaran SAFER dan pesanan khidmat masyarakat (PSA) melalui media massa dan media sosial.


"Sehingga kini, lebih 600 program kesedaran dianjurkan membabitkan pelbagai lapisan masyarakat," katanya.



Source: Berita Harian Photo Credit: Berita Harian
Share This Post

Enroll Our Driving Classes

Class B

Obtaining a class B with ADC Driving Institute is easy. The minimum requirement for this class ...

Class B2

Class B2 will allow you to obtain a motorcycle license with ADC Driving Institute, provided tha...

Class D

At ADC Driving Institute, we offer not only driving license for automatic cars, but of course t...

Class DA

Perhaps you’ve learnt to drive a manual before, but found it to be too challenging. From chan...

Class E

Before obtaining a GDL heavy & jointed car or a PSV bus license, candidates will need a class E...

Class H & I

This category allows a candidate a license in driving a forklift weighing less than 5000kg in w...